Misi kini
Dengan penasihat yang baru - Dr. Abdul Aziz Jamaluddin, kumpulan ini telah melalui zamannya dengan penggantian peralatan baru serta misi barunya iaitu berkhidmat membantu Jabatan disamping membaiki kualiti dan kuantiti persembahan kumpulan. Keutamaan adalah bagi menjayakan persembahan diperingkat Jabatan atau lain-lain agensi yang berminat memerlukan khidmatnya.
Dengan missi ini satu-satunya harapan d'Variants ialah untuk lebih maju lagi dalam bidangnya dengan meningkatkan lagi kualiti persembahan tanpa sempadannya. Beberapa kumpulan lagu telah dicadangkan sebagai asas persembahan kumpulan ini.
Tidak keterlaluan juga dinyatakan bahawa pemusik-pemusik luar ( Keyboad - Aizat, Guitar Utama- Rosli dan Penyanyi - Asmadi dan Ana ) telah dikemukakan sebagai memenuhi kehendaki kekosongan pemain dan penyanyi yang ada. Taraf pemain resident ini sama dengan yang ada. Mereka akan bersama bila kita memerlukannya dengan sedikit honarorium.
Selaras dengan harapan Ketua Pengarah Perkhidmatan Hiwan, melalui suratnya bertarikh 5hb. April,1995; yang meminta pancaragam ini membuat persembahan anjuran JPH dimana ia diperlukan, khidmat Puan Balkis (dari ibupejabat) telah diketengahkan untuk kepentingan bersama.